MELAKA – Alangkah terkejutnya seorang ibu bila mana mendapati anak lelakinya yang berusia 10 tahun itu hampir digoda oleh seorang lelaki dewasa melalui laman Facebook.
“Kurang ajar punya manusia. Nasib baik aku selalu check apa anak aku buat. Kau nak jahanamkan orang ye? Kau punyalah berpura-pura tarik perhatian kanak-kanak, kemudian kau makan mereka. KimK! Kau tunggu aku viralkan kau. Jangan jadi macam binatang okay. Kau tak ada otak ke? Itu budak kecil lagi,” kata Nurulainey Ab Halim di Facebooknya.
Menurut Nurul, dia hanya mengetahui perkara itu apabila anaknya bertanya mengenai lelaki terbabit.
“Nasib baik anak saya tanya. Mohon ibu bapa di luar sana pantau aktiviti anak-anak. Facebook yang dijadikan sebagai medium berkawan dengan rakan-rakan sekolahnya, telah didatangi oleh seorang lelaki yang mahu mengambil kesempatan terhadapnya,” katanya.
Ekoran itu, ramai netizen yang menunding jari terhadap si ibu kerana memberi anak lelakinya itu membuka akaun Facebook di usia yang terlalu muda.
Bagaimana, Nurulainey tampil memberikan penjelasannya dan menyatakan dia mempunyai sebab kukuh untuk berbuat demikian berdasarkan keadaan sekeliling semasa yang tidak lagi seperti dahulu.
“Ramai yang marah dan kecam saya sebab bagi anak handphone. Tetapi pernah ke anda terfikir selamat ke izinkan anak anda bermain di taman permainan seperti zaman-zaman kita dulu? Lagi tak selamat kan? Yes! because we all kena keluar bekerja dan tak banyak masa untuk duduk di taman permainan temankan mereka bermain. Betul tak apa yang saya katakan?
“Ya, zaman kita tak ada gajet canggih, tak ada perogol kanak-kanak. Walaupun ada, tetapi bukan macam sekarang ini yang nyata sangat berbahaya. Dulu kita bebas bermain tanpa pengawasan ibu bapa. Sekarang, selamatkah keadaan di luar rumah untuk anak-anak kita?
“Masa untuk mengasuh anak-anak sepenuhnya kurang tetapi tidak bermakna kita boleh lepas tangan begitu sahaja. Mudah saja, pantau semua aktiviti anak-anak sama ada di sekolah atau di rumah. Kalau yang bagi gajet, Facebook, WeChat atau yang sewaktu dengannya, kerap periksa kesemuanya. Itu saja, itu yang saya lakukan. Jadi, fikirkan dulu sebelum menghukum ibu bapa yang memberikan gajet canggih pada anak-anak,” katanya.
“Jadi, jangan tanya kenapa saya bagi anak-anak saya handphone. Selagi kita berwaspada, ianya selamat. Kerapkan mengajar anak kita bagaimana mempertahankan diri dan ajar mereka bertanya pada ibu bapa jika ada sesuatu yang tidak kena. Jadi, fikirkanlah cara yang terbaik untuk anak-anak anda.
“Itu pandangan saya, jadi usah kalian kecam saya. Sekarang zaman struggle untuk ibu bapa kerana kos sara hidup semakin meningkat sehingga memerlukan kedua-dua ibu bapa keluar bekerja. Betul kan?