Filled Under:

Fiz Fairuz dan Almy Nadia Bakal Timang Anak Kedua Wow ! Tapi Yang Menakutkan Almy Nadia Adalah Pengalaman Mengandung Anak Pertama ! Apakah ?

Fizz Fairuz dan isterinya, Almy Nadia khabarnya kini sedang menanti cahaya mata kedua yang dijangka lahir pada bulan Oktober nanti.

Selepas mendapat puteri sulung mereka pada Februari tahun lalu, Fizz berkata dia mengimpikan untuk menimang cahaya mata lelaki pula.

“Kalau boleh, untuk anak kedua, saya mengimpikan untuk menimang cahaya mata lelaki. Sehingga kini, setiap kali imbasan dilakukan, jantina anak kedua kami masih belum dapat dikenalpasti. Dia main sorok-sorok agaknya.

“Apa yang penting bagi saya dan isteri, tak kisahlah apa jantina anak saya, asalkan bayi yang bakal lahir nanti sihat sejahtera dan sempurna sifatnya. Itu sudah cukup baik bagi saya dan isteri. Semuanya bergantung atas soal rezeki.

“Jika dapat anak perempuan lagi, dia boleh bermain dengan kakaknya. Jika kami diberikan rezeki untuk menimang anak lelaki, kami sudah mendapat sepasang anak dan bolehlah dia berkawan dengan saya kelak,” kata Fizz kepada Astro Gempak.


Netizen jgn la korang kecam org nak lahirkan zuriat , masa anak pertama mereka korang kutuk badan almy naik mendadak harap utk baby kedua x de laa . pandaila fiz fairuz jaga bini dia wey ! korang tu yg badan cam tongg !!