Filled Under:

Desakan Hidup , Tengok Orang Lain ADA-ADA , Kau Pon Nak ! Ini Semua PERLUMBAAN DUNIAWI



1. Aku faham desakan hidup sekarang macam mana.

2. Kau buka Facebook, kau tengok orang itu berjaya. Kau tengok dia grad master. Kau tengok kawan kau baru bagi talk. Kau tengok kawan kau baru buka kedai. Kau tengok orang itu tukar kereta baru. Kau tengok orang beli rumah baru, tayang dia tengah sign SPA.

3. Semua orang berjaya dalam media sosial ini kerana tiada orang akan letak bukti yang kehidupan dia tak cool sangat sebenarnya.

4. Jumpa selebriti, letak gambar. Jumpa menteri, letak gambar. Semua orang nak share sesuatu yang buat diri dia rasa penting.

5. Dalam Facebook, Twitter dan apa jadah semua ini, kau nak rasa diri kau penting.

6. Kau nak viralkan kehidupan kau sebab kau nak rasa orang peduli pasal pandangan kau. Kau matters. Your opinion matters.

7. Tetapi bila kau tengok hidup kau, kau rasa hidup kau tak sehappening orang lain.

8. Kau tak buat benda-benda yang buat orang respect, kagum dengan kau.

9. Kau mula merasakan diri kau kecil.

10. Kau tengok orang lain berbuka puasa di luar, makan dengan kawan-kawan, hip hip hipster. Nampak bahagia saja dan seronok saja semuanya.

11. Kau tengok gambar itu, tengok kawan kau pakai tudung apa, kasut apa. Suami dia boroi tak, isteri dia dah gemuk ke, jam apa dia pakai, kasut apa dia pakai.

12. Kau mula rasa diri kau semakin kecil. Sudahlah tak ada orang like kau punya status, kau pila berbuka puasa di rumah.

13. Makan pun makanan pasar ramadhan yang statusnya 50-50.

14. "Oh shit! Tak coolnya hidup aku berbanding dengan orang lain."

15. Sedangkan setiap hari kau berbuka dengan keluarga kau. Setiap hari kau ada masa untuk buat perkar-perkara penting yang sepatutnya kau buat. Benda-benda rutin yang orang tak tunjuk dalam Facebook seperti lipat kain, cuci berak anak, cuci pinggan atau tidur pada waktu yang sesuai.

16. Kita tidak akan nampak apa kekurangan orang lain sebab kita hanya kongsi kelebihan kita.

17. Sehinggakan ada masanya kita sendiri tidak sedar dan tak rasa cukup dengan apa yang kita ada.

18. Kita takkan rasa cukup kalau kita bandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada.

19. Kita takkan tahu apa yang mereka tak ada. Tak ada orang nak dia nampak common people dalam Facebook ini.

20. Sebab kita yang tak berapa ada pun hanya suka menunjuk apa yang kita ada kan?

Irmanyadi Idris |