Filled Under:

AL-FATIHAH... Ustaz Kazim Elias Diserang Sakit Jantung Ketika Jadi Penceramah Jemputan di Bachok Kelantan, Doakan Ustaz Kembali Pulih .

BACHOK - Ceramah Perdana pada malam ini di Bachok gempar kerana majlis perkongsian ilmu tersebut di mana penceramah jemputannya, Datuk Kazim Ilias telah dikejarkan ke hospital kerana dipercayai akibat serangan sakit jantung.

Beliau dikatakan sepatutnya menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di pekarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bator, malam ini.

Majlis ceramah perdana itu bermula jam 9.30 malam membawa tajuk kupasan 'Jihad Agro Makanan Negara'.

Jemaah Ahli Lembaga Pengarah PPK Sri Gunong, Mohd Radzuan Hamat yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan Kazim yang lebih dikenali sebagai ustaz Kazim kini stabil di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.