Filled Under:

"Dia Tak Fikir Ke Berapa Ramai Yang Meluat Tengok Rancangan Dia LAMAR Mawar Dulu " - Fizo Dikritik Netizen Gara-gara Tweet Dato Vida Di Gegar Vaganza



Tweet pelakon Fizo Omar semalam mencetuskan kritikan netizen yang dipercayai ditujukan kepada penaja Gegar Vaganza 2, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida. 

"Potong stim la tengok #gegarvaganza ni... Nak tengok otai2 menyanyi bukannya..." tweet Fizo malam tadi. 



Meskipun tidak dinyatakan penamanya di penghujung tweet, namun netizen dapat meneka bahawa tweet itu dituju kepada pemilik produk Qu Puteh. 

"Dia (Fizo) pernah tak terfikir, berapa ramai yang meluat masa tengok rancangan dia melamar si Mawar dulu?" kata Rose de Maria. 

"Aku rasa Datuk Vida itulah yang buat GV itu betul-betul bergegar. Next time kau suruh bini kau pula sponser. Ada berani ke tak berani?" kata Ummu Hani.

"Melayu memang tak boleh tengok orang lebih. Busuk hati tak habis. Sebab itu Melayu tak boleh bersatu. Dengki tengok Datuk Seri Vida lebih kaya dari hang. Bersyukurlah apa yang ada wahai Fizo oi. Dulu kau tu berniaga burger je kot. Nasib dapat bini kaya," kata Juliana Ibrahim.